// MISS'D CAFE!

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Hello and welcome. Anda baru sahaja menyinggah di blog cerita yang direka oleh lima sekawan. Jikalau sudi, tolong tinggalkan komen apabila selesai membaca stories kami. Terima kasih :D

Status : Blog is still updating!


Author Senarai Bab Extra

Tagboard
Footprints here!



Credits

Thanks to Nadya.
Edited by YOUR NAME

BAB 2; ✿

Keesokan harinya, mereka berusaha dan bekerjasama menghiaskan kafe mereka. Perabot-perabot yang baru tiba dari IKEA dimasukkan ke dalam kafe. Mereka menyusun mengikut kedudukan yang telah mereka tetapkan. Sebagai pengurus kafe, Syarah telah mengupah beberapa orang pekerja untuk menolong mereka mengemas kafe Meja yang diperbuat dari logam dan berbentuk bulat itu diletakkan dengan teratur dan kemas sekali.

Mereka selesai menyiapkan kerja mereka tepat pada pukul 3 petang. Semua ahli Miss’D yang terasa sangat kepenatan telah duduk di kerus yang disediakan. Mereka hanya duduk, mendiamkan diri kerana sangat kepenatan.

“Eh? Mana Ina?”

Dahlia laju sahaja memecah kesunyian setelah semua orang selesai menyusun atur perabot. Syarah memandang ke arah Malaika. Malaika dengan malasnya berjalan menuju ke arah dapur, tiba-tiba muncul idea jahatnya untuk menakutkan kawan-kawannya itu.

Baru sahaja dia memasuki ke dalam dapur, dia menjerit dengan kuatnya. Terperanjat mereka yang lain setelah mendengar jeritan yang menyakitkan gegendang telinga mereka.

“KENAPA??” serentak mereka bertanya.

Shakey yang sedang minum minuman berkarbonat tersedak lalu bertanya. Malaika kelihatan seperti baru sahaja melihat mayat yang berlumuran darah di dalam dapur itu. Riak mukanya serius sekali. Dia seakan-akan ketakutan sehingga mahu jatuh dan pengsan diatas lantai mozak yang sejuk membeku itu. Matanya bulat terbeliak seakan-akan menyaksikan sesuatu yang amat dahsyat. Apa sebenarnya yang dilihat oleh Malaika?

Ketiga-tiga gadis itu berlari pantas menuju ke dapur. Jantung mereka berdenyut kencang. Detik yang betul-betul mendebarkan. Apabila sampai di hadapan pintu dapur, Malaika mengangkat tangan kanannya dan menunjukkan sesuatu di dalam dapur. Perlahan-lahan mereka menuju ke ruangan dapur untuk melihat apa yang membuatkan mereka suspen dari tadi.

Apa yang membuatkan mereka bertiga suspen hanyalah Ina yang sedang serius memegang buku diari kumpulan mereka sejak dari tingkatan dua. Syarah mendengus dan menjeling tajam ke Malaika tanda dia sangat geram dengan tingkah laku Madihah tadi. Lakonannya sangat berkesan dan boleh mengalahkan Nazim Othman yang sedang popular sekarang ini. Boleh menang anugerah bintang popular Berita Harian!

“Apa yang sedang kau lakukan sekarang ini Ina?” tanya Dahlia. Ina trsenyum. Senyuman yang menakutkan! Dia seolah-olah dirasuk dan ketawa besar. “Ini baru gelak setanku!” kata Ina dengan serta merta. Kawan-kawanya berasa hairan dengan perangai pelik Ina ini sejak dari mula mereka mengenalinya.
                                                   
“Mari! Aku terjumpa sesuatu! Ianya resepi kek yang sudah lama kita cipta!” Bersungguh-sungguh nampaknya Ina menghulurkan buku resepi itu kepada sahabat-sahabatnya yang lain.

“Tapi, bukankah kita pernah cuba untuk membuat kek ini? Dan hasilnya, kek itu tidak sedap?” kata Shakinah sambil menggaru-garukan kepalanya. Mereka pernah cuba untuk membuat kek semasa di tingkatan empat.

Kek itu rasanya menjijikkan! Tetapi, bagi Ina lain, dia pelajar jurusan Pastri, dia tahu bagaimana untuk mengubahsuai kek yang teruk itu menjadi kek yang sedap dan lazat! Lagipun, baginya pada masa itu, mereka baru pertama kali mencuba untuk membuat kek, jelas sekali, mereka tidak mempunyai kemahiran langsung untuk membuat kek itu.

Sekarang, Ina sudah mempelajari cara-cara untuk menghasilkan kek yang sangat sedap. Dia pernah memenangi banyak anugerah untuk acara membuat kek, kategori remaja 18 tahun ke atas. Mereka berempat merenung ke arah buku diari itu.

_________________________________________________________________________ 

Panduan Membuat Kek Keju 

1. Keluarkan krim keju, 1 jam sebelum digunakan agar ia lembut dan mudah diputar.
2. Gunakan jenis krim keju Philadelphia (ketul) bukan jenis spreadable (dalam botol).
3. Gunakan kaedah water-bath,steam bake atau bain marie (caranya sama tapi ada nama berlainan). Caranya, sediakan loyang lebih besar saiznya dari tin kek.Masukkan air 1/4 bahagian dan masukkan tin kek atasnya. Masuk dalam oven dan bakar.
4. Gunakan suhu yang perlahan iaitu 160 darjah celcius dan bakar selama 1 1/2 jam hingga 2 jam.
5. Untuk tin pembakar, gunakan springform atau loose tin supaya mudah dikeluarkan. Jika tiada, boleh gunakan acuan biasa tetapi lapik dengan plastic wrap agar mudah dikeluarkan (utk cara dingin).
6. Jangan putar keju dan gula terlalu kembang kerana overbeat boleh sebabkan kek retak atau mendap apabila keluar dari oven.Kek keju tidak perlukan udara yang banyak.
7. Setelah 1 1/2 jam, cucuk kek di bahagian tengah dengan lidi untuk pastikan ia telah masak. Jika lidi masih ada adunan melekat, bakar untuk 30 minit lagi.
8. Jika permukaan kek sudah overbrown ( terlalu perang), tutup dengan kertas aluminium foil dan bakar semula.
9. Setelah kek masak, tutup api oven dan biarkan kek selama 30 minit.Jangan alihkan bekas airnya.Ini untuk mencegah kek mendap kerana perubahan haba.
10. Keluarkan kek dari ketuhar dan sejukkan.
11. Untuk kek jenis dingin,gelatin adalah bahan yang digunakan untuk setkan kek (mengeraskan kek). Cara membuatnya ialah,didihkan air dan masukkan gelatin.Angkat dari api dan kacau hingga gelatin hancur dan menjadi cair. Sejukkan sebentar sebelum dicampurkan dengan keju.
12. Whipping cream yang digunakan pula adalah jenis Dairy Whipping Cream (apa-apa jenama) yang juga dikenali sebagai Thick Cream atau Double Cream. Jangan gunakan Non-Dairy Whipping Cream (for topping), ianya hanya untuk hiasan atas kek.
13. Setelah bahan-bahan dibancuh, tuangkan atas kek span atau biscuit crust dan simpan dalam peti sejuk (chiller) untuk 4 - 5 jam sehingga keras. Untuk cepatkan proses mengeras, simpan 1 -
2 jam dalam freezer (tempat beku) kemudian alihkan ke tempat chiller.
_________________________________________________________________________

“Eh? Lecehlah nak buat, nampak susah sahaja. Tukar resipi lainlah!” Malaika merungut dan Ina segera mencubit lengan Malaika. Geram dia melihat Malaika yang pandai-pandai memberi komen yang menyakitkan hati. Sengaja! Tiada alasan yang munasabah langsung!

Resepi itu ciptaan mereka berlima sejak di bangku sekolah lagi. Ina dengan segera mengambil buku catatan kecilnya dan pergi keruangan dapur semula. Dia kini kembali menjadi misteri. Dia ingin mencipta satu resepi rahsia untuk Kek Ajaib MISS’D!

Syarah dan Dahlia hanya mengeluh, mengerti yang si rakan mereka ini tidak akan berhenti selagi dia tidak mencubanya.