Bonjour!
Hey ! Good days to you!
![]() Tagboard
Footprints here! Credits |
BAHAGIAN 1; B ✿
“Kenapa ada kedai lagi di sebelah?” Malaika yang lebih mesra dipanggil, Mal menanyakan kepada kawan-kawannya. “Mungkin kita akan ada persaingan yang lebih sengit lagi.” Syarah menjawab. Keempat-empat sahabat itu memalingkan muka mereka ke arah Syarah tetapi dia hanya buat tidak tahu sahaja kerana dia sibuk pandang kiri kanan. “Jadi, kita akan ada saingan lah? Aduh.. ” Dahlia mengeluh dan matanya mengalih pandangan ke seberang jalan yang memisahkan tapak mereka dan sebuah rumah kedai yang belum disiapkannya lagi. Irdina tergelak kecil. “Relakslah kawan-kawan, walaupun kita mungkin akan ada saingan tapi aku yakin kafe kita akan menjadi popular tidak lama lagi! Aku beri jaminan punya!” Shakinah memberikan pandangan pelik. Dia mencekak pinggangnya. “Jaminan? Berapa peratus kau yakin?” Irdina mencebik mulutnya, dia rasa geram dengan Shakinah sebab dari dulu lagi, Shakinah ini suka membuat dia ragu-ragu. Lebih tepat, buat dia lagi confused! Dahlia tiba-tiba datang dan mencuit bahu Irdina, menarik lengan Malaika sambil menundingkan jarinya ke arah Syarah. Rasa pelik sebab dari tadi, Syarah tidak bercakap langsung. Dari tadi asyik tengok kiri kanan sahaja. “Hei, kau agak kenapa dengan Syarah itu? Sudah kena sampuk ke?” Madihah membuat andaian merapu-rapu dan menjerit kecil apabila Ina menepuk bahu Madihah. Dahlia mengelengkan kepalanya. “Bukanlah! Keempat-empat sahabat itu memandang Syarah dan mengikut padangannya itu. Pandangan itu tepat ke arah bangunan di sebelah jalan itu. Yang berada bertentangan dengan tapak mereka. Bakal manager mereka ini sedang memikirkan apa agaknya ya? Adakah ia berkaitan dengan saingan baru mereka itu? Mungkinkah akan ada misteri yang berlaku? Atau dia pernah ada sejarahnya yang tersendiri dengan kedai itu? Semua persoalan itu berlegar-legar di kotak fikiran Ina. |