// MISS'D CAFE!

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Hello and welcome. Anda baru sahaja menyinggah di blog cerita yang direka oleh lima sekawan. Jikalau sudi, tolong tinggalkan komen apabila selesai membaca stories kami. Terima kasih :D

Status : Blog is still updating!


Author Senarai Bab Extra

Tagboard
Footprints here!



Credits

Thanks to Nadya.
Edited by YOUR NAME

BAHAGIAN 1; A ✿


Suasana sepi dikejutkan dengan bunyi jam loceng yang berdering kuat. Terkejut dua orang gadis tatkala mereka sedang lena dibuai mimpi. Cuaca pada pagi itu sangat cerah dan nyaman. Terasa berat mata untuk bangun dari tidur yang lena. Tiba-tiba kedengaran suara orang menjerit. Jeritan yang amat menyakitkan telinga para pendengarnya. Kecoh suasana pagi yang aman dan tenteram itu kerana diganggu oleh suara yang amat menyakitkan telinga.

“Siapa yang menjerit pagi-pagi buta ini?!”

Teriak Syarah yang sudah tidak tahan lagi. Gadis yang berambut panjang paras bahu memandang ke arah pintu biliknya. Hatinya terbakar mendengar suara yang menganggu paginya itu. Anehnya, Ina iaitu sahabatnya hanya memekakkan telinganya sahaja. Dia seakan-akan tidur mati. Mungkin sedang bermimpi indah. Tindakan Ina itu membuatkan Syarah berasa sangat geram dengan rakan sebiliknya itu.

Dengan perlahan-lahan dia mendekatkan dirinya dengan sekujur tubuh yang sedang nyenyak tidur itu. Tiba-tiba dia menarik tangan Ina dengan kuat sekali. Terkejut Ina. Terbeliak matanya memandang Syarah. Terasa bengang di hati anak gadis itu apabila diperlakukan sedemikian rupa. Manakan tidak, paginya itu bermula dengan kejutan yang melampau.  “Kenapa ini? Tekejut aku! Kenapa? Kenapa? Apa sudah jadi ini?”

Ina sambil mengeluh tanda malas.  Dia menggaru kepalanya dan menjeling tajam ke arah Syarah yang sedang bangun dari katil lalu bergerak ke pintu. Ina mengikut dari belakang, menarik hujung pijama Syarah sehingga dia hampir jatuh terlanggar Ina.  Ina tergelak kuat tetapi Syarah cuma diam seketika lalu tangannya pantas mencubit peha Ina untuk menghentikan dia dari gelak berlebih-lebihan. Dia geram! Sudahlah tadi tidur macam mayat, sekarang tarik bajunya hingga membuatkan dia hampir terjatuh. Nasib baik tidak sempat terjatuh ke atas lantai, jika tidak.. pasti Ina akan mengeluarkan ketawa pontianaknya itu!

Ina menjerit kecil apabila dia mendapat cubitan ‘free’ daripada Syarah. Kemudian, perlahan-lahan mereka berjalan ke arah pintu bilik utama. Sengaja, mereka cuma berasa curiga terhadap kejadian yang telah berlaku. Selangkah demi selangkah mereka berjalan ke arah bilik itu. Terasa misteri sekali.

“Siapa yang menjerit tadi agaknya ya?” Tanya Syarah kepada Ina.

“Entah. Tidak dengar pun.” Kata Ina yang terpinga-pinga di belakang Syarah.

Syarah dengan segera menjelingkan matanya yang bulat itu kepada Ina. Tersentap Ina dibuatnya apabila mendapat jelingan yang tajam itu.  Perlahan-lahan Syarah memegang tombol pintu bilik utama itu.

“Ish, kau ini lambat sangat, biar aku yang buka!”

Ina berasa geram apabila Syarah mengambil masa yang sangat lama hanya untuk membuka pintu itu. Dengan segera Ina membuka pintu bilik itu.

Kelihatan Shakinah sedang mengangakan mulutnya, matanya terbeliak memandang ke arah komputer ribanya.

“Akhirnya, akhirnya, akhirnya!” Jerit Shakinah yang lebih mesra dipanggil, Shakey.

Jari telunjuknya menunding ke arah skrin komputer riba itu.  Dengan segera Syarah, Malaika, Dahlia dan Ina bergerak pantas dan sama-sama meneliti tulisan yang terpapar di skrin komputer itu. Mereka menjerit tanda gembira.  Ini kerana di skrin komputer riba menunjukkan bahawa permohonan untuk membeli tapak telah diterima.

Tapak yang mereka maksudkan ialah tapak yang akan mereka gunakan untuk memulakan bisnes baru mereka. Malaika, Irdina, Shakinah, Syarah dan Dahlia sangat rapat sejak dari mereka berada di tingkatan dua lagi. Sehingga kini, mereka masih bersama-sama. Mereka juga merancang untuk bekerja bersama-sama dan separuh impian mereka hampir tercapai taktala tapak yang mereka beli sudah diterima permohonannya.

Selesai mereka bersarapan, mereka bergegas ke tapak yang mereka baru sahaja dibeli untuk membina sebuah kafe yang sudah lama mereka rancang untuk membinanya bersama-sama sejak berada di bangku sekolah menengah lagi.