// MISS'D CAFE!

Bonjour!
Hey ! Good days to you!


Hello and welcome. Anda baru sahaja menyinggah di blog cerita yang direka oleh lima sekawan. Jikalau sudi, tolong tinggalkan komen apabila selesai membaca stories kami. Terima kasih :D

Status : Blog is still updating!


Author Senarai Bab Extra

Tagboard
Footprints here!



Credits

Thanks to Nadya.
Edited by YOUR NAME

BAHAGIAN 1; C ✿

“Mari! Semua lihat di skrin komputer riba ini! Ia menakjubkan!” teriak Shakey.

Dia kelihatan sangat gembira. Entah apa yang dilihatnya. Sangat gembira, sampaikan sahabat-sahabatnya yang lain turut terkejut dan berasa aneh terhadap tingkah lakunya itu. Dengan pantas, Syarah atau lebih mesra dengan nama Cha-a, Dahlia , Ina dan Malaika berlari anak ke arah Shakey.

Terkejut mereka berempat apabila mereka menyaksikan sepasang baju untuk dipakai pada hari perasmian kafe baru mereka itu nanti. Ternganga mulut mereka berempat disebabkan oleh rekaan baju yang sangat cantik hasil kerja dari Shakey. Tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Sangat menakjubkan!

Rekaan ala-ala jepun itu dicampur dengan konsep ala-ala barat sangat memukau pandangan mereka berempat. Baju itu mengikut bentuk badan, berwarna oren yang berpetak-petak. Paras lutut dan agak kembang dibahagian bawah. Dibahagian lengan diikat dengan riben berwarna coklat gelap, sangat comel jika dipadankan dengan kasut tinggi dari pelbagai jenis warna dan corak! Mereka ditugaskan untuk memakai uniform itu pada hari perasmian MISS’D café. Sungguh cantik!

“Kami setuju!”

Serentak mereka berempat berkata. Tanda setuju mereka. Kali ini tiada bantahan. Keempat-empat sahabat itu gembira sekali bagaikan segala impian mereka sejak dari tingkatan dua lagi tercapai pada waktu itu.

Selang beberapa hari selepas itu, mereka ke kedai hardware untuk mencari warna cat yang sesuai dengan tema kafe ala-ala jepun itu. Shakey tidak habis-habis mengingatkan mereka yang dia tetap hendak menggunakan cat yang berwarna merah jambu sebagai warna utama.

Malaika memandang Shakey dengan jelingan tajamnya itu. Dia membantah tetapi sengaja kerana dia suka membuli Shakey. Itulah tabiatnya. Suka mengusik rakannya sendiri.

“Apa? PINK? Err, terlalu girly

Shakey memuncungkan mulutnya tanda protes. Dia geram kerana satu-satu warna kegemarannya ditolak mentah-mentah oleh rakan pembulinya. Apa yang lebih mengejutkan lagi, Syarah menyokong idea Shakey.

Sekali lagi, jiwa mereka bertiga bagai dipanah petir yang berdentum kuatnya. Sangat menakutkan. Ini memang aneh, tetapi tidak hairanlah juga, kerana Syarah memang sukakan warna itu sejak dari dulu lagi, Cuma apa yang menakutkan, dia setuju dengan idea Shakey! Ini memang pelik. Syarah tidak pernah menyokong idea Shakey. Katanya idea Shakey tidak pernah sesuai dengan situasi, atau keadaan. Dia memang gemar mencipta suasana yang lain dari yang sepatutnya. Maklumlah, dia anak pengurus besar dari United Kindom yang baru berpindah ke Malaysia sejak dia berumur 14 tahun.

“Baiklah, kita pilih warna hitam, merah dan PINK.” kata Dahlia dengan selamba. Serentak Syarah dan Shakey memandang ke arah Dayah. Terkejut dia, sampaikan terpaksa berundur setapak. Ina ketawa kecil tanda dia suka situasi ini.

“Jangan berani untuk mempertikaikan hak kami sebagai… PEMINAT SETIA WARNA PINK!”  jerit Syarah dan Shakey.

Bagaikan bergegar seluruh bangunan itu. Memang tidak masuk akal. Syarah yang dahulunya pendiam tiba-tiba sahaja berpakat dengan Shakey yang memang gilakan warna itu. Pelik bin Ajaib.
Dengan segera, mereka membayar cat yang berharga RM200.00 setin. Ketika setiap seorang diarahkan untuk mengangkat satu tin cat, Shakey adalah orang pertama yang merungut terlebih dahulu.
                                 
“Beratlah!” Mereka berempat menjeling ke arah Shakey. Ina meninggikan suaranya sambil meletakkan cat yang dibawanya ke dalam bonet kereta Perodua Exora miliknya. “Siapa suruh nakkan sangat warna pink itu? Terimalah padahnya” dengan selamba dia menjawab lalu berjalan ke tempat pemandu. Shakey terpinga-pinga. Syarah dan Dayah tergelak kecil.
                  
Kemudian, mereka bergegas ke kafe baru mereka itu. Manakan tidak, kafe baru impian mereka kini telah menjadi realiti. Mereka bersungguh-sungguh untuk meronda di sekitar Damansara untuk mencari barang-barang yang bersesuaian dan barang-barang yang perlu ada dalam kafe itu seperti meja makan, kerusi, kaunter, mesin duit, peti sejuk, microwave, dan lain-lain lagi. Satu demi satu kedai di seluruh pekan Bangi itu mereka kunjungi.

Setelah mereka berpuas hati membeli barang-barang di sekitar pekan itu, barulah mereka pulang ke rumah mereka semula.